JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 7 Jun 2011

PRESIDEN PAS PERNAH KAFIRKAN UMNO - ZUL LEMBU DARI KULIM

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN Utama TV3 malam tadi di penghujung siarannya sempat lagi menemubual Zul Kulim dan seorang lagi bekas orang kanan di dalam PKR yang menjadi `katak berkerusi roda' iaitu Dr Chandra. Mengulas tentang pemilihan pimpinan PAS, tetapi tetap mahu dikaitkan dengan DS Anwar kerana memang itulah musuh mereka yang sebenar.

Zul Kulim yang bakal dikuburkan selepas PRU akan datang nanti mengulas betapa PAS telah menjual prinsipnya. Tanpa rasa berdosa dan malu, Zul Kulim secara terang-terangan menuduh Presiden PAS pernah mengkafirkan Umno. Semua tahu, Zul Kulim dahulunya ahli PAS juga dan sewaktu itu PAS telah lama dituduh suka mengkafirkan Umno, tetapi Zul Kulim tetap memilih PAS. Masakan Zul Kulim tidak tahu semenjak bila PAS dituduh mengkafirkan Umno dan ketika itu beliau bermati-matian mempertahankan PAS.

Akhirnya Zul Kulim `terpecat' dengan sendirinya dari PAS setelah beliau menjadi calon PKR atas ihsan musuh ketatnya sekarang iaitu DS Anwar. Jika tidak kerana DS Anwar memilih beliau sebagai calon, sampai kiamat PAS tidak akan calonkan beliau kerana pemimpin PAS sudah lama tahu `auta' Zul Kulim ini. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi-pengundi mahu calon dari Pembangkang dan dengan sebab itu PKR yang diwakilinya menang. Tetapi, Allah mahu tunjukkan kepada kita siapa Zul Kulim ini, maka PKR terpaksa `sepak' Zul Kulim keluar dari parti atas sebab disiplin dan egonya.

Di dalam TV 3 malam tadi, Zul Kulim mendakwa PAS kini diresapi oleh `Anwarisme' atau `fahaman Anwar'. Zul Kulim guna hujah bodoh dia dengan menyebut PAS tidak lagi berminat dengan Negara Islam tetapi mahu melaksanakan Negara Berkebajikan. Sebagai seorang peguam walaupun mungkin sebagai tukang bawa fail keluar masuk mahkamah, Zul Kulim sepatutnya tahu apakah dasar PAS. Ibarat menuju ke satu lokasi, jika kita merasa sukar atau jauh mungkin juga terlalui banyak halangan, kita boleh bertukar arah perjalanan yang lebih baik dan selamat asalkan tidak mengubah lokasi tujuan kita.

Tujuan PAS adalah untuk laksanakan Islam. Bagaimana untuk ke arah itu? Di sinilah pemimpin perlu bijak memilih jalan yang ingin dilalui menuju ke lokasi (matlamat) tersebut. Mungkin tahun ini dicuba jalan yang lain, jika gagal tahun depan kita mencuba pendekatan atau jalan yang lain, tetapi matlamat tetap sama. Dakwaan Zul Kulim bahawa PAS telah mengubah dasarnya adalah satu kenyataan yang terlalu dungu dari seorang peguam yang dahulunya pernah berada bersama PAS. Adakah Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan sebarang pindaan atau mengubah dasar parti tersebut? Zul Kulim cuba untuk memperbodohkan orang ramai dengan hujah yang bodoh, maka yang akan percaya hanya yang bodoh sahaja.

Dr Chandra pula tidak kurang perangai busuk hatinya terhadap PAS. Beliau dulu berada di dalam Parti Keadilan di kerusi nombor dua sebagai Timbalan Presiden, sebenarnya tidak diminati oleh ahli-ahli Keadilan sendiri. Seorang yang lembab, tidak berkarisma dan berpengaruh pun, tetapi oleh kerana ketika itu beliau adalah seorang Akademik yang ada nama sedikit dan ditonjolkan oleh DS Anwar (ketika itu dipenjara) dan Wan Azizah, ahli-ahli terima jua seadanya. Apa kehebatan beliau yang boleh dibanggakan ketika itu? Tiada langsung, bahkan Wan Azizah walaupun seorang wanita dilihat lebih bekerja kuat untuk parti ketika itu.

Kini, beliau di pihak sana dan seperti lazimnya bila berada di pihak itu maka yang cerdik sehebat profesor pun akan menjadi bodoh. Semua hujah dan pandangan menampakkan kebodohan belaka. Dr Chandra juga seperti Zul Kulim yang mendakwa PAS juga turut mengubah dasarnya demi untuk berkuasa.

Sebab itu lah saya katakan, hujah yang tidak berpijak di bumi nyata dan kelihatan amat bodoh sekali sering keluar dari tokoh yang dahulunya bijak tetapi menjadi bengap bila berada di sebelah sana. Mengapa terjadi begitu kalau tidak kerana memikirkan perut?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan