JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 10 Jun 2011

BENARKAH NAJIB, ROSMAH DAN UMNO MAHU NEGARA ISLAM ?


Mahu Negara Islam dan Hukum Hudud?
Oleh: WFAUZDIN NS

SERANGAN puak sekutu Apco dengan gerombolan pencacai mereka kini tertumpu kepada PAS setelah mereka kecewa menyerang PKR dan DS Anwar. Cita-cita PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan dijadikan modal besar mereka untuk memburukkan imej PAS seolah-olah Umno terlalu rindu dan kepingin kepada sebuah Negara Islam.

Pada suatu ketika, PAS menyebut tentang Negara Islam beserta Hukum Hudud, puak ini lah juga menentang sekuat-kuatnya mengalahkan DAP, MCA, MIC dan Gerakan. DAP juga pernah menentang penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud atas faktor Perlembagaan Negara sekarang tidak membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan. Mereka menentangnya bersebab selain dari sebab sememangnya mereka tidak beriman dengan Islam. Peliknya, Umno menentang bukan sekadar penentangan mulut seperti DAP lakukan, bahkan menentangnya secara bertulis dan menggunakan kuasa yang mereka miliki.

Jika DAP hanya menentang di mulut kerana kejahilan mereka terhadap hukum ini, Umno lebih teruk dari DAP. Umno yang mengaku Islam, menentang hukum ini secara konsisten melalui kuasa yang mereka miliki. Kini, apabila PAS mengambil pendekatan lebih berhikmah dan bijaksana iaitu ingin menubuhkan Negara Berkebajikan, puak ini mula menunjukkan minat terhadap Negara Islam. Kejahilan mereka menyebabkan mereka merasa seolah-olah Islam tidak mementingkan kebajikan terhadap rakyat. Mereka lupa bahawa mereka telah memerintah lebih 5o tahun, usahkan Negara Islam dan Hukum Hudud, kebajikan rakyat pun mereka abaikan.

Adakah dengan adanya kementerian yang menjaga kebajikan maka itu bukti kebajikan telah mereka lakukan? Adakah kebajikan yang mereka buat boleh dibuktikan dengan adanya `loteri kebajikan'? Jika benar Umno telah lama mengamalkan kebajikan, kita tidak akan merasa kehidupan yang semakin susah sekarang. Kenaikan harga minyak, gula, barang-barang keperluan dan letrik membuktikan kerajaan gagal menunaikan kebajikan terhadap rakyat. Amalan rasuah yang berleluasa, penyelewengan dan salahguna kuasa, salah laku pegawai-pegawai kerajaan seperti SPRM, SPR dan pihak Polis yang sering menimbulkan kontroversi menunjukkan kerajaan amat lemah mengurus negara ini.

Sistem kehakiman yang bercelaru dan undang-undang zalim seperti Akta ISA, rampasan royalti minyak adalah di antara perkara yang membuktikan kerajaan tidak merealisasikan kebajikan sebenar. Pendek kata, negara ini bukan sebuah negara berkebajikan.

Justeru itu, PAS merasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Negara yang mempunyai unsur-unsur kebajikan mesti didirikan. Islam juga mewajibkan pemerintah melakukan kebajikan atau ihsan kepada rakyat. Kewajipan ini turut disokong oleh rakan-rakan di dalam PR yang semuanya menyedari bahawa rakyat sekarang terhimpit dan tertekan dengan pemerintah yang tidak memikirkan kebajikan mereka.

Oleh yang demikian, gesaaan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin agar PAS memohon maaf kepada Umno adalah satu lawak bodoh dari orang Linkyang takut kehilangan kuasa. Tuduhan bahawa PAS pernah mengkafirkan Umno adalah satu tuduhan basi yang berpuluh tahun dimainkan. Isu kafir mengkafir ini telah pun Umno debatkan di dalam `debat olok-olok' PAS lawan Umno. Hasilnya, di dalam debat yang mereka `lakunkan' itu pun, Umno tewas tanpa hujah.

Serangan Umno terhadap PAS adalah satu percubaan untuk memecahbelahkan PAS setelah usaha mereka untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR gagal. Ada baiknya juga Umno menumpukan kepada PAS sekarang kerana sekurang-kurangnya masalah mereka dengan MCA, Gerakan dan Perkasa akan terbiar. /wfauzdin.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan