JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 13 Jun 2011

PEDULIKAN JAMIL KHIR, KERAJAAN P.PINANG TERUSKAN MARTABAT ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR sekali lagi menunjukkan `bijak'nya di dalam isu agama dan politik. Apabila Kerajaan Negeri P.Pinang bercadang untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik AJK Masjid, maka Jamil Khir pun mengaitkan DYMM YDP Agung di dalam isu ini.

Jamil Khir mahu Kerajaan Negeri P.Pinang merujuk dahulu kepada YDP Agung kerana P.Pinang tiada mempunyai Raja yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama Islam. Ertinya, untuk menentukan perlantikan AJK Masjid, perlu ada perkenan YDP Agung/Sultan Negeri. Kita mahu bertanya adakah Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan selama ini mendapat perkenan YDP Agung sebelum melantik AJK Masjid?

Di dalam konteks Islam, perlantikan AJK Masjid termasuk Imam dan Bilal hendaklah dipilih mengikut keredhaan ahli Jemaah Qariah masjid berkenaan. Imam wajib diredhai oleh majoriti Makmum. Hanya ahli Qariah masjid sahaja yang tahu menilai seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin atau Imam di masjid berkenaan tidak mengira fahaman politik. Mereka akan menilai ilmu dan akhlak Imam dan AJK masjid tersebut sebelum memilihnya. Inilah yang sebaiknya dilakukan dan sepatutnya Jamil Khir menyokong kaedah seperti ini.

Kerajaan Negeri P.Pinang nampaknya lebih peka terhadap kehendak Islam di dalam aspek ini berbanding dengan Jamil Khir seorang tokoh yang berkelulusan agama. Kerajaan Negeri P.Pinang tidak menetapkan syarat bahawa mesti AJK masjid itu di kalangan PAS, PKR mahupun DAP. Jadi, apa masalahnya di dalam isu ini?

Kununnya akan berlaku pecah-belah jika diadakan pemilihan suara majoriti, adalah satu alasan yang remeh. Jika benar begitu, haramkan sahaja sistem pilihanraya di negara ini. Haramkan juga pilihanraya di kampus. Pemilihan di dalam AJK PIBG juga wajar diharamkan.

Saya berharap Kerajaan Negeri P.Pinang meneruskan usaha baik ini demi kebaikan umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini