JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 26 Jun 2011

PEGUAM SERTAI PERHIMPUNAN BUKTI PERHIMPUNAN TIDAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG

Terasa lega kita bila mendapat tahu bahawa Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 09 Jul nanti akan turut dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peguam. PAS juga diberitakan berjanji akan membela sekiranya terdapat peserta-peserta perhimpunan aman itu nanti ditahan oleh pihak berkuasa. Baca sini.

Apabila pihak peguam juga akan turut serta, ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa Perhimpunan BERSIH yang dirancang itu tidak menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Di dalam TV sibuk dijelaskan bahawa perhimpunan itu `haram' kerana tidak mempunyai permit. Semenjak bila di dalam negara tercinta ini perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang mendapat permit?

Ini semua gagal dijawab oleh pihak berkuasa sepertimana mereka juga gagal menjawab mengapa orang yang memakai dan menjual baju BERSIH juga ditahan. Najib telah gagal melakukan transformasi di dalam era pemerintahannya sebagaimana yang dijanjikan sewaktu mula beliau mengambil tugas jawatan PM dari Pak Lah. Najib kembali kepada stail kepimpinan Mahathir dan beliau tidak belajar dari kesilapan Mahathir.

Tanda-tanda kerajaan akan jatuh adalah apabila kezaliman dan salahguna kuasa semakin berleluasa. Malangnya, ada di kalangan cerdik pandai bertaraf Profesor berjaya diperbodohkan sehingga asas di dalam demokrasi pun mereka tidak mengerti.

Belajarlah dari kejatuhan rejim Mubarak di Mesir yang mana kemungkaran, salahguna kuasa dan kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini