JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 8 Jun 2011

UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH, PAS WAJIB JAUHI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini akhbar Sinar menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menasihatkas PAS agar `jangan sandarkan pada kenangan' jika mahu perpaduan PAS - Umno terjalin. Satu kenyataan dari tokoh kanan Umno yang membuktikan bahawa Umno tidak akan berputus asa untuk mendapatkan sokongan PAS agar dapat melambatkan `kereputan' parti sekular tersebut.

Sekali imbas dibaca, terlalu hebat Umno ini dengan kepekaannya terhadap perpaduan umat. Memang benar, untuk kita berbaik tidak perlu kita mengungkit kisah silam. Tetapi PAS masih enggan menerima Umno sebagai teman berkongsi politik (jika dulu, istilahnya Kerajaan Perpaduan) bukan kerana kisah lampau Umno. Itu hanya satu faktor untuk PAS lakukan muhasabah jika ingin berbaik dengan Umno.



Kenyataan Ahmad Maslan itu jelas membuktikan bahawa Umno sememangnya mengaku khianat kepada PAS, cuma beliau berkata pemimpin di waktu itu kini tiada lagi di dalam Umno, kecuali Ku Li di Gua Musang. Kini, Umno dipimpin oleh pemimpin baru, katanya. Maka, PAS perlu buang kenangan lampau, tambahnya.

Saya ingin bertanya kepada Umno, benarkah Umno sudah berubah sekarang atau lebih teruk lagi? Umno perlu menjawab perkara-perkara berikut sebelum ingin berangan mendekati PAS;

1. Ketika dahulu, Umno bertanggungjawab merampas royalti minyak daripada Kerajaan Negeri Terengganu sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu. Adakah hak royalti itu dipulangkan semula kepada yang berhak seperti Terengganu dan Kelantan? Bukankah kedua-dua negeri ini negeri Melayu yang hampir 100 peratus berugama Islam?

2. Sejak dari dulu lagi PAS menentang keras akta zalim Akta ISA di mana ramai pemimpin Pembangkang teraniaya di bawah akta zalim ini. Adakah Akta ISA itu telah dibuang setelah Umno kununnya berubah wajah? Pembangkang tidak setuju akta tersebut dipinda, sebaliknya PAS sebagai sebuah parti Islam mahu akta zalim itu dihapuskan. Adakah memakan daging babi itu haram maka kita boleh mengambil tulangnya sahaja untuk dibuat sup?

3. Umno dahulu jika jahat pun hanya sekitar lakukan rasuah politik kecil-kecilan, melakukan fitnah memburukkan peribadi seseorang, kroni dan sebagainya. Kini, budaya rasuah semakin dipertingkatkan dengan pemimpin rasuah dilantik memegang jawatan eksekutif dan ketua kepada golongan muda. Mungkin Ali Rustam, Isa Samad atau KJ boleh menjawab benar atau tidak perkara ini. Itu belum dicerita tentang komisyen kapal selam lagi, kehilangan injin pesawat, Altantuya, kematian di bangunan SPRM dan tidak tertulis rasanya kemungkaran pimpinan mereka hari ini. Adakah itu pertanda Umno sudah berubah?

4. Sebagai saebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah tentu PAS amat sensitif apabila isu video seks sekarang ini menjadio mainan di kaca TV dan akhbar. Budaya fitnah berat, kemudiannya `menghalalkan' pula sumpah laknat kununnya untuk menunjukkan kebenaran samasekali membuktikan Umno bukan jenis yang boleh didekati. Jika Anwar seorang pemimpin yang ternama yang pernah berada di kerusi nombor dua Umno pun mereka sanggup fitnah dan dihina sedemikian rupa, apa sangatlah dengan PAS ini.

5. Pemimpin Umno pernah mendakwa PAS parti ajaran sesat, Mursyidul Am Pas melakukan rasuah tunaikan haji danb berbagai-bagai tuduhan lagi yang tidak pernah putus sehingga sekarang. Terbaru, dituduhnya Presiden PAS gila mahu menjadi PM. Ini kah cara atau pendekatan orang yang ingin berbaik? Berubahkah Umno?

Sebenarnya tidak cukup ruang untuk menceritakan kisah Umno, dulu, kini dan kisah ini akan berterusan selamanya selagi Umno menolak Islam. Asas penting PAS menolak Umno bukan kerana dendam lama, tetapi kerana Umno tidak pernah berubah dan menolak Islam, itu sahaja. Apabila kita menyebut pasal Islam, maka juak-juak ini akan berhujah adakah DAP terima Islam dan mengapa PAS ingin bersama DAP?

Soalan itu patutnya Umno sendiri yang jawab. Adakah jika kita ingin berpuasa, kita perlu lihat samada DAP berpuasa atau tidak terlebih dahulu. Tetapi jika Umno meletakkan taraf iman dan taqwanya `setaraf' DAP, maka tunggulah masanya waktu Umno untuk di`talqin'kan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini