JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 Jun 2011

KEMENANGAN NIK ABDUH PERTANDA TUAN IBRAHIM BAKAL MENANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTANDINGAN empat penjuru merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat telah dimenangi oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Azman Shapawi dengan Nik Abduh mendapat undian sebanyak 260 daripada 655 undi.

Jawatan Ketua Pemuda PAS kekal disandang oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi apabila beliau tidak dicabar oleh sesiapa. Tahniah diucapkan kepada Nik Abduh kerana dapat berada di saf hadapan kepimpinan Pemuda PAS. Mungkin ada yang berangapan kemenangannya adalah kerana pengaruh ayahandanya Tuan Guru Nik Aziz, tetapi bagi saya beliau memang mempunyai kelayakan berada di kerusi tersebut.
muktamar pas youth 020611 nik abduh
Nampaknya PAS kini tidak perlu risau akan kehilangan warisan `Ulamak Haraki' (meminjam kata Datuk Harun Taib) kerana di Dewan Pemuda PAS sebagai pelapis kepimpinan masa depan kini mempunyai tokoh berstatus Ulamak.

Beberapa jam lagi perwakilan akan memilih saf kepimpinan PAS di peringkat jawatan Timbalan Presiden PAS pula. Pemilihan jawatan ini lah sebenarnya klimaks kepada Muktamar PAS kali ini. Jika momentum pemilihan Dewan Pemuda PAS diambil kira, sudah pasti Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal terpilih. Tetapi, adakah perwakilan mahu memberi peluang kepada yang bukan Ulamak seperti Muhamad Sabu sebagai pengimbang kekuatan kepada PAS?

Link

Jika mengikut nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Harun Taib, beliau menyeru agar PAS kekal dengan `Ulamak Haraki', bererti bukannya Muhamad Sabu. Adakah itu `fatwa' dari Dewan Ulamak PAS? Sudah tentu tidak, ini adalah kerana perwakilan akan memikirkan apakah PAS perlu kepada `Ulamak' kesemuanya berada di saf hadapan atau perlu ada yang lebih `ganas dan power' di sisi Presiden.

Pada saya, tidak rugi jika Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terpilih atau pun Muhamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Apa yang merugikan PAS adalah jika salah seorang di antara keduanya tidak terpilih./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini