JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 23 September 2010

ADAKAH INI SATU `PERANGKAP' BUAT KERAJAAN KELANTAN?

Kelantan senaraihitam I'DA World Group
Sep 22, 10

Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan berjumlah RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri atau parti tidak pernah melantik adiknya Nik Din Nik Mat mewakili beliau untuk menerima replika cek berjumlah RM4 bilion pada 19 September lalu.

"Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka," kata Nik Aziz di Kota Bharu, seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Sebelum ini dilaporkan I'DA World Group telah menimbulkan misteri dan kejutan kerana bermurah hati menderma RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Manakala Nik Din pula mengesahkan bahawa beliau telah menerima replika cek tersebut atas sifat peribadi dan tidak mewakili parti ataupun kerajaan negeri.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata, syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang projek di negeri tersebut dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Sementara itu, Exco Kanan, Datuk Husam Musa pula dilaporkan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut, khususnya berhubung motif perkara itu.

"Ia akan menjejaskan (imej) parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincang pun (perkara itu)," katanya seperti dipetik Harakahdaily./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam