JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 1 Disember 2010

INGIN MEMBANTU, TETAPI DICACI

‘Kami hanya terima cacian’

GEORGETOWN - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jelutong menafikan mereka bakal menerima habuan atau ganjaran daripada mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.
Justify Full
Pengerusinya, Mohd Naser Ismail berkata, mereka tidak menerima ganjaran seperti didakwa Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Mohd Khir Mohd Said sebaliknya menerima pelbagai cacian dan hinaan daripada penduduk walaupun kesemua ahli JKKK ikhlas membantu selama ini.

Mohd Naser yang kesal dengan kenyataan Mohd Khir, menyifatkan sikap pengerusi itu sebagai tidak tahu bersyukur dan mengenang budi walaupun orang lain yang tidak ada kena mengena dengan masalah penduduk bertungkus lumus mahu membantu dan membela nasib orang Melayu di kampung itu.

“Saya kesal dengan sikap Mohd Khir yang suka memburukkan orang lain sedangkan kami bersama dengan Kerajaan Negeri bertungkus lumus membantu untuk mendapatkan pampasan dan hak mereka.

“Kalau diikutkan dahulu pemaju hanya menawarkan pampasan yang tak seberapa sahaja namun selepas rundingan dibuat oleh Kerajaan Negeri, mereka mendapat sembilan rumah ganti yang akan ditempatkan semula berhampiran kawasan itu.

“Buat masa ini, kami juga sedang berusaha mendapatkan lagi pampasan yang sewajarnya kepada 14 keluarga yang masih belum menerimanya. Dia tidak seharusnya menuding jari dengan menyalahkan orang lain sebaliknya mereka perlu bersatu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Mohd Naser berkata, JKKK Kampung Jelutong bukan mahu menyibuk masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tetapi atas dasar tanggungjawab dan mahu membela nasib sesama bangsa, JKKK perlu memainkan peranan sebaiknya untuk kebaikan bersama.

Menurutnya, kenyataan Mohd Khir yang mempersoalkan mengapakah JKKK perlu menjadi orang tengah dan tidak membenarkan penduduk menyelesaikan sendiri dengan pemaju adalah satu tuduhan kerana JKKK tidak pernah berurusan dengan pemaju sebaliknya yang berurusan dengan pemaju adalah pejabat Ahli Parlimen kawasan Jelutong dan Kerajaan Negeri sahaja.

“Kami tidak pernah berjumpa dengan pemaju sebaliknya kami berperanan membawa suara orang kampung kepada Ahli Parlimen Jelutong Ooi Chuan Aun (Jeff Ooi) dan Kerajaan Negeri. Selama ini Jeff Ooi dan Kerajaan Negeri yang banyak membantu mereka.

“Kalau ikutkan, penduduk telah diusir lebih awal lagi oleh pemaju dari tanah itu sebaliknya Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen memainkan peranan mereka untuk membuat rundingan mencari jalan terbaik kepada penduduk dan pemaju bersetuju untuk menangguhkan dahulu arahan mengosongkan kediaman selama tiga bulan,” katanya.

Mohd Naser berkata, walaupun penduduk telah kalah dalam kes di mahkamah namun pemaju masih lagi membuka jalan untuk berunding./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini