JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 1 Disember 2010

KETUANAN MELAYU, LETAK TAHI ATAS KEPALA - NAZRI AZIZ

Ketuanan Melayu: Definisi Nazri Aziz Berbeza Dengan Umno,Perkasa
30/11/2010


KUALA LUMPUR 30 NOV: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini membawa definisi lain mengenai konsep ketuanan Melayu daripada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno dan Perkasa.

Menurut Nazri konsep itu adalah hanya untuk menzahirkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan.

“Ia bukannya tentang orang Melayu, ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus masih wujud, kita akan menghormati mereka,” kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Definasi itu sekali gus menyanggah konsep Ketuanan Melayu tajaan Umno yang mengguna pakainya untuk menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB).

Dasar itu sendiri tidak dipertikaikan namun apa yang ditentang oleh ramai pihak ialah tindakan pemimpin Umno untuk menggunakan dasar berkenaan bagi memberi projek dan konsessi lumayan kepada kroni-kroni Umno.

Pada masa sama sebilangan besar orang Melayu terus merempat dalam kemiskinan dan kemunduran, khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan warga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Nazri dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata ungkapan Ketuanan Melayu biasanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin sayap kiri Melayu untuk mendesak hak-hak orang Melayu, dicipta untuk melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu pada masa-masa lalu.

Justeru tegas Nazri, “Ketuanan Melayu” sama sekali tidak bermaksud orang Melayu adalah lebih unggul berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Tanpa merujuk kepada pemimpin Umno dan Perkasa, Nazri bagaimanapun mengakui bahawa ungkapan Ketuanan Melayu seringkali digunakan oleh ahli-ahli politik untuk merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyifatkan golongan itu sebagai membawa “tahi lembu di kepala.”

“Mereka ini pemimpin-pemimpin tidak berguna. Mereka ini ada tahi lembu di kepala. Mereka tidak tahu langsung apa itu (Ketuanan Melayu),” katanya.

“Bagaimana anda boleh mengatakan hanya kerana anda orang Melayu di negara ini, bermakna anda (lebih) unggul. Apa maksudnya?

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai berkata, konsep Ketuanan Melayu harus 'ditinggalkan' kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini