JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 2 Disember 2010

Pemimpin bukan Islam guna ayah suci mampu dekati Islam

Justify Full

BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pemimpin bukan Islam yang menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah adalah langkah terbaik untuk menarik golongan itu agar lebih mendekati Islam.

Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kerana menganggap cara pemimpin bukan Islam itu adalah lebih baik berbanding pemimpin Melayu sendiri yang berceramah sesuka hati tanpa merujuk kitab tersebut.

“Saya terima kasih kepada bukan Islam membaca al-Quran depan ramai mudah-mudahan terbuka pintu hati dia untuk terima Islam dan banyak saintis bukan Islam peluk agama ini sebab dia baca ayat al-Quran.

“Saya bahkan dukacita banyak pemimpin Melayu ceramah tak baca al-Quran. Cakap sesuka hati macam tidak ada dasar di dunia ini yang Tuhan buat betul,” katanya ketika ditemui di Masjid Mukim Mahligai, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam menterjemahkan al-Quran semasa berucap di Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu.

Nik Aziz berkata, ada pihak yang ‘pandai-pandai buat dasar’ mengenai sesuatu perkara meskipun dunia ini adalah milik Allah secara mutlak.

Katanya, atas alasan tersebut, Pas sentiasa memberikan ceramah bersama-sama kaum Cina dan India di negara ini untuk memberi kefahaman kepada mereka mengenai agama itu.

“Saya sebut bahawa dunia tempat kita duduk ini tidak kita buat, baik bumi yang kita pijak, orang lain yang buat, namanya Allah�kita menumpang jadi macam mana kita pandai-pandai buat dasar atas negeri orang," katanya.

Menurutnya, Islam itu dasar yang di dalamnya disebut mengenai ibadat, ekonomi, hal rumah tangga, sosial dan segala-galanya, dan kalau bukan Islam tidak membaca al-Quran bagaimana mereka dapat memahami Islam./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini