JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 4 Disember 2010

SOLAT HAJAT PERHIMPUNAN ESOK

Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong
Oleh Fazy Sahir

Image Hosted by ImageShack.usPETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu.

Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang ‘provokasi’ mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri. Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok.

Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara. "Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara. "Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu. "Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat.

Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT. Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek.

Ahli Umno turut serta dalam tandatangan

Dr-Badrul Amin

Badrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno. Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini. "Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami. "Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya.

Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut. Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik. "Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya. Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini. Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional. /Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan