JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 9 Disember 2010

TIDAK SEMUA RAJA-RAJA MELAYU AKAN TERPEDAYA DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA media serta pemimpin Umno cuba memainkan isu ketuanan Melayu, maka mereka mengharapkan agar semua Raja-Raja Melayu akan menuding jari kepada PR terutamanya PKR. Harapan Raja-Raja Melayu merasa murka kepada PR, harapan mereka rakyat terutamanya orang-orang Melayu pun turut marah kepada PR dan pastinya akan menolak PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Itu matlamat Umno sebenarnya. Kita percaya bahawa tidak semua Raja-Raja Melayu akan terus menerima segala yang keluar di media dan dari mulut pemimpin Umno. Bukan semua Raja-Raja Melayu telah lupa siapakah yang mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu suatu ketika. Saya tertarik dengan titah Sultan Kelantan yang tidak terperangkap dengan media haprak itu. Tuanku bertitah bahawa perpaduan berasaskan akidah itu lebih penting dari berbicara dengan perpaduan untuk satu kaum sahaja.

Titah Sultan Kelantan itu amat releven dengan apa yang dikatakan oleh MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz bahawa ketuanan Islam itu lebih bermakna dan menguntungkan daripada menyebut ketuanan Melayu semata-mata. Amat bertuah rakyat Kelantan memiliki Raja yang berprinsip Islam serta MB yang memerintah dengan meletakkan Islam berada di atas pemerintahannya.

Kita berharap agar semua Raja-Raja bijak menilai situasi politik sekarang. Kita tidak mahu institusi Raja-Raja terus dipermainkan oleh mereka yang rakus ini. Mereka hanya ingin bergantung kepada Raja-Raja Melayu tatkala mereka tersepit. Apabila mereka kembali merasa kuat dan gagah, maka terjadilah seperti peristiwa di depan Istana Terengganu di mana kain rentang memaki hamun Sultan Terengganu demi untuk merebut kerusi MB sahaja./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Peranan Raja2 Melayu amat penting dalam masyarakt Melayu luar bandar. Mereka inilah yang rata2 masih tebal dengan UMNO yang kununnya mendaulatkan Raja2 Melayu dan bangsa Melayu. UMNO akan sentiasa cuba memperlihatkan kepada masyarakat luar bandar bahawa PR anti kesultanan Melayu. Oleh itu PR wajar mencari formula yang jitu untuk menafikan propaganda UMNO ni. Masyarakt luar bandar tak baca internet. Ade dikalangan mereka tak mahu dengar bila kita nak jelaskan pun. Sudah tentu mereka tak akan pergi ke ceramah PR.

    Peranan untuk menyedarkan masyrakat luar bandar ni dipikul oleh orang muda. Bagaimana? Melalui projek kecil-kecilan seperti kelas belajar bahasa Inggeris, Arab, Cina dan Tamil. Atau kelas belajar masak2, tanaman dan hiasan dalam. Projek kecil2 ini bolah dilaksana di negeri yang sekarang diperintah oleh PR. Murid sikit takpe. Tak perlu juta2. Yang penting kelestarian projek! Apa macam? Boleh buat?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini