JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 29 Disember 2010

Jentera Pemuda Pakatan sedia gempur Tenang

Dis 28, 10

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata jentera Pemuda Pakatan Rakyat kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

Katanya, jentera dengan kekuatan 1,5000 anggota PAS, PKR dan DAP itu akan dirasmikan dalam satu majlis pada 1 Januari.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang ditetapkan pada 22 Januari.

"Pemuda telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi memenangi kerusi DUN Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Namun Pemuda Pakatan Rakyat akan memaksimumkan gerakkerja penerangan dan aktiviti kepemudaan guna memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang kelak.

"Peluang untuk menang sentiasa terbuka dan kita mengharapkan pertolongan dari Allah agar kejayaan menjadi milik kita di DUN Tenang nanti," kata Nasrudin dalam satu tulisan di blognya hari ini.

Tambahnya, kemenangan itu penting memandangkan Johor memerlukan wakil dari Pakatan untuk kuasa semak dan imbang dalam persidangan DUN negeri itu.

Majlis berkenaan akan disempurnakan naib presiden PAS Salahudin Ayub di majlis yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang di Markas Operasi Pemuda PAS di pekan Tenang.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata satu ceramah motivasi juga akan diadakan di majlis berkenaan yang akan disampaikan beliau sendiri bersama pemimpin barisan pemuda PKR dan DAP - Shamsul Iskandar Mat Akin dan Anthony Loke./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini