JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 2 Disember 2010

PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN

OLEH: WFAUZDIN NS

MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk mendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini.

Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS.

Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, “Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu,” katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam?

Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat.

Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka.

Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Melayu dan Islam memanglah dua entiti yang berbeza. Masing-masing tidak mewakili satu sama lain. Pemimpin UMNO itu berlandaskan konteks Islam di Malaysia. Perbincangan ini juga adalah berlandaskan suasana di Malaysia. Majoriti umat Islam di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Itu yang dimaksudkannya. Sdra WFauzdin NS tersilap mentafsirkan maksudnya seperti PAS sering tersilap mentafsir AlQuran. Ini yang menyebabkan Islam menjadi bahan mainan DAP mealui PAS. DAP bukan menjadi jinak dgn Islam tetapi menjadi lebih berani memperlekehkan Islam melalui PAS.

    BalasPadam
  2. Sudah 50 tahun lebih Umno melihat kontaks Islam di Malaysia, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu...tetapi akhirnya apa? Sbb itu perjuangan sedemikian tidak akan berjaya kerana melihat Islam dlm kontaks Suku dan Kaum. Itu menghina Islam namanya. Umno lah yg byk mempermainkan Islam bukan DAP. DAP hanya berckp atas kejahilannya terhadap Islam, tetapi Umno takkan jahil juga kalau dh ngaku Melayu itu Islam?

    BalasPadam
  3. Sudah 50 tahun juga berapa ramai ahli PAS yang bukan Melayu? Bukankah ahli PAS juga majoritinya Melayu? Jika tiada Melayu berapa ramai ahli PAS sekarang?
    Apakah yang kejamnye UMNO terhadap Islam dinegara ini. Setelah 50 tahun nampak sukarkah bagi orang Islam menjalankan aktiviti agama?
    Segala kemudahan yang diberikan atas nama Melayu bukankah dinikmati oleh orang Islam juga?
    Orang Islam yang bukan Melayu juga menikmati kemudahan sama seperti orang Melayu lain. Bukankah begitu?

    BalasPadam
  4. Tidak cukup ruang di sini utk diulas betapa zalimnya Umno. Anda boleh baca byk pendedahan dlm isu ini. Jgn pandang adanya masjid, adanya bank Islam, adanya pajak gadai Islam, maka berjayanya Umno. Jika itu yg dipandang, melambak negara luar yg ada yg bukan negara Islam pun. Pasal kemudahan dpt pada Melayu dan Islam? Itu sudah cukup mmbuktikan Umno itu tidak bpegang pd Islam yg adil...Semua kaum berhak mnerima keadilan Islam. Kaum Cina benci Judi, Umno luluskan lesen judi. Mereka tentang Akta zalim ISA, Umno kekalkan. Dan...tak cukup ruang...sorry..

    BalasPadam
  5. Tolong berikan satu ruang yang boleh menghuraikan semua kekejaman yang dinyatakan. Biar satu buku pun tak mengapa. Saya akan ulas satu persatu.
    Apa yang ugama lain tidak dapat dari UMNO? Sdra tersilap lagi. Sepatutnya BN bukan UMNO. Adakah agama lain tidak ada kuil atau tokong? Adakah perayaan agama lain tidak dibenarkan di negara ini? Malah sekolah vernakular Cina dan Tamil pun dibenarkan. Nak bandingkan dgn negara lain? Ada sekolah Cina dan Tamil di Amerika, Australia, Great Britain, Thailand atau Indonesia?
    Dalam ulasan sdra pun sdra menyebut 'melambak negara luaryg bkn negara Islam'. Mksudnya sdra mengiktiraf Mlysia ini mmg negara Islam.
    Sdra nampak keliru tentang perbezaan peranan UMNO dan BN.
    Benarkah kaum Cina benci judi? Yg menjalankan perniagaan judi majoritinya kaum mana? Cuba kaji Akta ISA dgn teliti dan sorot semula sejarah ISA, adakah yg ditangkap/ditahan itu semata-mata kerana orang itu ahli PAS atau DAP? Kalau itu faktanya, kenapa Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak ditahan terus? Bukankah itu kerana kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan bukan kerana politik?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini