JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 4 Oktober 2010

ELOK JUGA ZAID BERTANDING PRESIDEN

Zaid mahu bertanding presiden?

SHAH ALAM – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai beberapa cadangan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pemimpin lain parti jika berpeluang memegang jawatan timbalan presiden atau presiden.

Dalam kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang miliknya, Zaid berkata, beliau akan mengumumkan keputusan menerima pencalonan jawatan timbalan presiden dan presiden dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, antara cadangan yang akan dilaksanakan adalah untuk kepentingan parti termasuk merangka perjuangan parti supaya lebih dinamik, mempelawa lebih ramai ahli menyokong PKR dan meritokrasi yang digunakan dalam parti sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihan raya serta pelbagai agenda lain lagi.

“Parti ini perlu lebih ‘ke hadapan’ daripada apa yang ada sekarang, gabungan ahli lama dan baru perlu sebagai ‘reformis sebenar’.

“Ahli di peringkat akar umbi adalah pemangkin kejayaan sesebuah parti, mereka perlu dipantau kerana itu adalah aset milik parti,” katanya dipetik dari kenyataan di laman blognya, semalam.

Menurutnya, beliau mampu untuk menghidupkan kembali kekuatan cabang termasuk mencari sokongan kewangan, daripada kajian yang dilakukan mendapati parti kekurangan dana untuk menggerakkan semua kegiatan.

Zaid berkata, kekuatan PKR sangat kritikal dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui parti itu perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya layak menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai ketua pembangkang yang berkesan.

“Pemilihan yang diadakan ini adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan PKR . Jika ahli-ahli parti bersetuju dengan cadangan yang diajukan seperti di atas, saya yakin perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah kerajaan kita,” katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan