JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 8 Oktober 2010

SOKONGAN DATO ZAID KEPADA UTUSAN MENGHINA MEDIA ALTERNATIF


Oleh: WFAUZDIN NS

"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid (TV Selangor). Itulah yang ditegaskan oleh calon Timbalan Presiden PKR berkaitan arahan pimpinan parti untuk memboikot Utusan Malaysia. Mungkin untuk menunjukkan `kehebatan'nya melanggar arahan parti, atau untuk menunjukkan `terima kasih' beliau terhadap akhbar ini yang memberi ruang kepadanya `berkempen' melalui wawancara yang diadakan baru-baru ini.

Walaupun akhbar ini memainkan isu peribadi serta fitnah jahat terhadapnya sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu, Dato Zaid masih `sayang'kan akhbar yang dimiliki oleh Umno ini. Kita, terutamanya Bloggers bersusah payah menepis dakyah dan fitnah jahat yang dilakukan oleh akhbar ini terutamanya tentang isu Dato Zaid minum arak dan kaki judi sewaktu kempen tersebut, tiba-tiba sekarang disaat beliau ingin bertanding di dalam pemilihan pimpinan PKR, beliau tegas untuk tidak memboikot Utusan. Diharapkan selepas ini Utusan akan terus menjadi ejen kempen atau saluran media Dato Zaid.

Masih kita ingat sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor di mana Dato Zaid mewakili PR, beliau menyeru agar para pengundi tidak mempercayai laporan media yang terus memfitnahnya. Beliau sedar ketika itu media tidak pernah menyebelahinya secara individu dan parti yang diwakilinya. Beliau arif ketika itu media memainkan peranan untuk membantu kemenangan Bn. Sejarah juga membuktikan bahawa media seperti ini tidak akan duduk diam selagi PR tidak di`kubur'kan.

Alasan Dato Zaid bahawa mesej parti kepada rakyat tidak akan sampai jika kita terus memboikot akhbar ini adalah satu alasan yang teramat bodoh. Semenjak bila mesej dari PR sampai kepada rakyat dengan betul dan telus kepada rakyat melalui akhbar ini? Oleh kerana benci dan meluat rakyat kepada akhbar inilah, maka akhbar ini sekarang jatuh imej dan prestasi jualannya. Umno sendiri pun mulai `berbalah' dengan akhbar ini, tiba-tiba Dato Zaid teramat `kasih dan sayang' kepadanya.

Saya tidak tahu mengapa Dato Zaid masih perlukan akhbar ini. Bukan sedikit media alternatif atau Blog yang sekarang ini menyokong beliau, tetapi pendirian Dato Zaid untuk menerima Utusan amat-amatlah menghina media alternatif yang ada. Bagi saya, Dato Zaid telah memberi kredit terbaik buat Utusan dan bayangkan jika beliau menjadi orang nombor dua di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. DZI dan utusan 2x5, kesimpulannya pulaukan aje kedua2nya

    BalasPadam