JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 7 Oktober 2010

PERSETANKAN CERITA RAHIMI, KITA TUMPUKAN DI GALAS

Oleh: Mandor

ISU Akuan Sumpah yang baru didedahkan oleh Rahimi tidak lagi menjadi berita gempar. Bahkan, jika Rahimi mengadu dirinya turut diliwat oleh DS Anwar sekali pun, tidak lagi menjadi berita gempar kecuali menjadi berita sensasi di media-media haprak dan pencacai sahaja. Ini terbukti, apabila terdengar sahaja berita Rahimi ingin mengadakan sidang akhbar, kebanyakan blog mula membuat cerita akan adanya pendedahan berkaitan liwat mengaitkan DS Anwar.

Rupa-rupanya bukan tuduhan liwat, tetapi berkaitan Akuan Sumpah yang kununnya di`paksa' 2 tahun lepas. Berita ini menjadi berita yang digemparkan oleh media pencacai apatah lagi menjelang PRK Dun Galas. Puak-puak ini nampaknya amat terdesak sekali untuk mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat. Menghadapi PAS di Kelantan bukan kerja mudah buat Umno, dan Umno sudah pasti tidak sanggup menanggung malu lagi di bumi Kelantan.

Persetankan cerita Rahimi. Biarlah dia mahu menjadi apa sekali pun dan orang sudah tidak pelik lagi dengan Akuan Bersumpah. Sedangkan Sumpah Laknat memegang Al-Quran pun rakyat sudah tidak pelik, apa sangat dengan Akuan Sumpah seperti ini. Apa sudah jadi dengan Akuan Sumpah Balasundram?

Apa yang penting, kita tumpukan kepada usaha untuk memenangkan PAS di Dun Galas. Samada Ku Li bertanding atau tidak, Umno wajin kita talkinkan di bumi Kelantan. Kita tidak pasti samada Ku Li sanggup atau tidak untuk sama-sama di`talkin'kan bersama Umno nanti. /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. kalau dia anak jantan suruh dia bersumpah junjung quran macam Saful buat kat mesjid dan panggil tv 3/4 buat liputan. berapa juta dia dapat kenyanggg. sbb tu merepek repek tak menasabah..

    BalasPadam