ZAID punya pasal ada pulak member kita kata PKR sudah macam Umno. Kununnya PKR tidak beri keadilan pada Zaid. PKR tuduh Zaid ejen Umno bila Zaid kritik pemimpin PKR. Banyak lagi lah dakwaan puak-puak yang sokong Zaid Ibrahim tu. Benarkah PKR sama seperti Umno? Jika benar, aku pun tak sokong PKR tapi bukan nak sokong Umno tapi aku masuk PAS terus.
Cakap pasal Zaid ini, yang dok kata kat Zaid tu bukan suara rasmi PKR, tetapi suara dari beberapa ahli atau pimpinan PKR yang melihat Zaid pun seperti Umno cara politiknya. PKR sudah beri lampu hijau Zaid masuk bertanding walaupun sebelum itu Zaid dok kata macam-macam kat Ketua Umum PKR, Presiden dan Timbalan Presiden PKR. Ketua Umum status sama seperti ahli biasa PKR, Presiden PKR umpama `boneka' dan Timbalan Presiden PKR `nyanyu' (nyanyuk). Itu semua terbit dari mulut Zaid yang bersopan santun itu. Itu kritikkah atau tidak, aku tak tau lah.
Tetapi bila Zaid bercakap begitu, dia ingat semua pemimpin dan ahli PKR boleh terima cakap dia apatah lagi Zaid tidak membawa sebarang fakta dan bukti. Bahkan Zaid tidak membuat sebarang laporan kepada pihak yang berkenaan di dalam parti. Itu semua Zaid hebahkan dalam media. Zaid juga berkata beliau tidak peduli arahan parti supaya memboikot akhbar Utusan setelah Zaid diwawancara oleh akhbar milik Umno itu. Itu pun PKR tidak ambil tindakan pada Zaid kerana PKR bukan seperti Umno. Siapa kata PKR seperti Umno?
Kalau Zaid boleh hina dan kritik orang lain apatah lagi pemimpin utama partinya sendiri, apa standard Zaid tidak boleh dikritik oleh pemimpin serta ahli parti? Hebat sangatkah Zaid sehingga orang lain kena taat cakapnya? Soalnya siapa yang mulakan dahulu? Bila Zaid mulakan jangan marah jika orang lain mengikut rentaknya. Kita tidak kisah Zaid berbohong banyak kali, kerana PKR sentiasa buka pintu Zaid untuk masuk bertanding walaupun baru `dua hari' dalam parti. Dulu dia kata, tidak berminat merebut jawatan dalam parti. Kemudian, ingin merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemudian lagi, sanggup undur diri jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kemudiannya pula berkata, sedia undur diri jika Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden. Itulah Zaid punya prinsip.
PKR tetap memberi ruang Zaid bertanding. Kini beliau telah berada di dalam gelanggang. Adat orang bertanding, mestilah ada penyokong masing-masing. Jika Zaid boleh berkempen beserta penyokong-penyokongnya berkempen dengan berbagai cara dan propaganda, pihak lawannya juga samalah. Jika tidak mahu diserang dalam gelanggang, baik jangan masuk gelanggang. Jika tidak mahu di`serang' secara kasar, jangan mulakan bermain kasar. Pendekar mesti berani bertarung, jangan raih simpati dengan menuduh orang lain menggunakan taktik kotor atau sebagainya. Percayalah Zaid, PKR tidak akan menjadikan kamu `Ghafar Baba' jelmaan baru. Kita bertarung dalam gelanggang, tamat pertandingan keluar gelanggang jabat salam. Habis cerita.
Zaid diserang, Azmin juga tidak kurang mendapat serangan sehinggakan didakwa sebagai orang paling berkuasa di dalam PKR. Kununnya DS Anwar pun kena ikut cakap Azmin. Wah, hebat Azmin. Jika begitu bodoh sangatlah Azmin kerana tidak lawan DS Wan Azizah sahaja sebagai Presiden. Lagi cerita, kununnya Azmin hasut Shamsul Iskandar buat `U - Turn' bertanding mengekalkan jawatan Ketua AMK kerana Azmin tidak mahu Chegu Bard menang mudah. Ini semua Azmin kena hadapi macam Zaid kena hadapi.
Apa yang penting, di dalam pemilihan kali ini tiada rasuah politik dan dendam kesumat. Selesai sahaja pertandingan, kembali kita bersatu menentang Umno. Jangan setelah selesai pertandingan, kita terhegeh-hegeh berjumpa Utusan akhbar milik Umno itu untuk mengadu masalah atau meraih simpati. Memang akhbar itu sentiasa kemaruk dan lapar kepada berita yang memburukkan parti. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan