JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 17 Oktober 2010

MUNGKIN TIBA MASA UNTUK AZMIN JADI MB SELANGOR

AZMIN ALI JADI MB SELANGOR

October 16th, 2010

Dalam tulisan sebelumnya, saya menulis mengapakah Tan Sri Khalid Ibrahim wajar diberikan laluan mudah untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Nampaknya saya tidak memahami “ril politik” (meminjam istilah kawan-kawan di Indonesia) PKR. Atau, sengaja saya buat-buat tak faham.

Ternyata, dalam percaturan ini Azmin Ali lebih terarah, “determined”, dan tahu apakah yang beliau inginkan dalam politik. Ini lebih baik dari Khalid yang membuat pengumuman akan bertanding Timbalan Presiden di Kediaman Rasmi MB Selangor di hadapan kira-kira 300 orang penyokong; beberapa hari kemudian menarik balik keputusan itu.

Dalam konteks menjadi “political commander,” saya fikir Azmin jauh lebih baik dari Khalid. Secara jujur, saya sarankan PKR untuk secara serious menimbangkan Azmin menjadi Menteri Besar Selangor. Sekiranya tidak sekarang, beliau patut menggantikan Khalid selepas PRU13, itu pun sekiranya parti itu masih mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan!/Nobisha.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan