JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 9 Oktober 2010

MP DARI SABAH TERBUNUH - SATU LAGI PILIHANRAYA ?

MP Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan
Okt 9, 10

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.

Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan