TERTARIK dan bersetuju apabila membaca kenyataan titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan isu perkauman dan agama dihentikan. Baca di sini. Ketika pihak Polis masih menyiasat siapakah yang menjadi dalang memasang Banner di Johor yang terpapar gambar Tuanku Sultan bersama Pengerusi PKR Johor Chua Jui Ming, maka titah Tuanku ini amat bertepatan sekali.
Isu banner yang menyebut bahawa Chua Jui Ming bakal menjadi MB Johor jika PR memerintah Johor dan dipasangkan di sekitar penempatan Melayu adalah salah satu contoh bagaimana dalang ini cuba memainkan isu sensitif yang melibatkan Perlembagaan. Persoalan yang masih tidak terjawab adalah siapakah dalang itu? Sukar mungkin untuk pihak Polis menyiasatnya sebab itulah sehingga kini tiada lagi kita dengar siapakah yang terlibat telah ditahan atau didakwa. Saya tidak percaya pihak Polis sengaja mendiamkan kes tersebut atas apa jua sebab.
Begitu juga dengan beberapa kes yang berlaku di mana seorang Pengetua mengeluarkan perkataan yang berunsur perkauman. Kisah yang terjadi di BTN yang menyebut perkataan `Si Botol' dan `Si Sepet'. Isu MP Cina dari PR yang memasuki ruang madrasah dan masjid dijadikan isu besar sedangkan kisah MP India dari Bn yang memasuki ruang masjid didiamkan sahaja. Bukankah ini ada unsur perkauman dan agama yang sempit? Saya percaya Tuanku menyedari perkara ini. Persoalannya, siapa yang memainkan isu ini?
Kenyataan Tun Mahathir yang menyebut Melayu akan musnah jika PR memerintah adalah satu kenyataan perkauman yang merbahaya. Mantan pemimpin Umno ini yang mencipta sejarah menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu dahulu kini tidak serik untuk mencipta sejarah baru untuk menghancurkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika Tun Mahathir menyokong kuat Perkasa yang dilihat lebih `Melayu' dari Umno.
Titah Tuanku Sultan wajib kita patuhi selagi ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah. Raja adil Raja di sembah, Raja zalim Raja disanggah. Perkataan ini pernah dilafazkan oleh Hang Jebat ketika menentang Sultan yang zalim. Kita tidak mahu menjadi Hang Jebat, jauh sekali untuk menjadi Pak Turut seperti Hang Tuah. Biarlah kita menjadi Bendahara dalam Hikayat Hang Tuah itu, kerana Bendahara seorang yang bijaksana.
Orang-orang Melayu khasnya amat menyayangi dan memelihara institusi raja. Raja yang adil mestilah menampakkan keadilannya dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Jika seseoang raja atau Sultan menyebut di khalayak ramai secara terbuka agar rakyat memilih parti A atau B, maka hilanglah kemuliaan raja atau Sultan itu. Segala aduan dari rakyat tidak kira datangnya dari pihak mana, Raja atau Sultan mestilah meneliti dan mengambil tindakan yang seadil-adilnya. Inilah Raja dan Sultan yang kita mahukan dan kita sentiasa mendoakan kesejahteraannya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan