JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 29 Oktober 2010

NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH TENANG, TANPA KONTROVERSI

YB Fuziah Salleh (kanan) sewaktu Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi

Oleh: WFAUZDIN NS


SELAMAT berjaya buat YB Fuziah Salleh. Ucapan kejayaan ini buat beliau semoga YB Fuziah dapat membantu parti memenangi PRK Parlimen Batu Sapi. Kita maklum, MP Kuantan ini adalah seorang wanita gigih yang sentiasa bersama di barisan hadapan walau di mana sahaja PRK diadakan. Beliau banyak memberikan sumbangan dan idea kepada parti bahkan kerap kali di amanahkan tugas yang memerlukan kesabaran di dalam menghadapi tekanan.

Di dalam kesibukan calon-calon berkempen untuk pemilihan pimpinan PKR, YB Fuziah juga seperti beberapa calon lain bertungkus lumus di Batu Sapi. Tenaga beliau walaupun seorang wanita tidak kalah dengan tenaga yang ada pada Chegu Bard yang bersama turun ke Batu Sapi melupakan seketika kempen pemilihan parti. Amanah parti lebih penting dari kedudukan mereka di dalam parti,

Saya amat berharap ahli-ahli PKR tidak lupa untuk meletakkan YB Fuziah berada dalam hiraki kepimpinan parti, begitu juga dengan tokoh berani dari AMK iaitu Chegu Bard. Samada ahli perlu meletakkan dua tokoh wanita iaitu YB Fuziah dan YB Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR, tidak menjadi masalah besar kerana kehadiran mereka pastinya mampu menarik golongan wanita menyokong parti ini. Tetapi, sekiranya mereka inginkan seorang sahaja tokoh wanita yang menduduki kerusi Naib Presiden PKR, saya merasakan YB Fuziah boleh mewakili golongan hawa di dalam kepimpinan PKR bagi membantu DS Wan Azizah selaku Presiden Parti.

Sikap YB Fuziah yang tenang, tidak banyak kerenah dan tiada kontroversi menunjukkan beliau ikhlas di dalam menawarkan khidmatnya. Di dalam PRU Ke 12 yang lalu, tiada siapa menyangka YB Fuziah boleh merampas Parlimen Kuantan dari Bn. Menjadi seorang MP di sebuah bandar ibu negeri Pahang iaitu sebuah negeri terbesar di Semenanjung bukan tugas yang mudah. Namun YB Fuziah mampu melaksanakannya sehinggakan beliau dihormati di kalangan pemimpin Umno di Pahang.

Mudah-mudahan wanita cekal ini diberi peluang untuk berada di kerusi Naib Presiden PKR dan bersamalah kita nantikan apakah ruginya PKR memilih beliau ke tahap itu. Selamat Berjaya buat YB Fuziah Salleh./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini