JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 23 Mei 2010

DUN KERDAU - KITA DOAKAN ADUN SIHAT, KITA JUGA MAHU PILIHANRAYA

MUKADDIMAHNYA, marilah kita mendoakan agar Adun Kerdau, Pahang yang kini terlantar di IJN berada di dalam keadaan selamat. Mudah-mudahan keluarga beliau tenang dan bersabar dengan ujian ini. Mudah-mudahan juga ujian yang ditimpakan Allah itu mempunyai hikmah yang kita tidak ketahui.

Di samping kita mendoakan keselamatan Adun Kerdau YB Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kita sebenarnya amat mengharapkan agar dapat diadakan satu lagi Pilihanraya Kecil di Dun tersebut demi untuk kesejahteraan rakyat. Lebih penting mengapa perlunya kita mengharapkan Pilihanraya di mana-mana kawasan sekali pun adalah untuk membawa suara rakyat yang nampaknya semakin lama semakin tidak dipedulikan. Itulah juga yang kita harapkan akan berlaku di Dun Kerdau dan kita mendoakan agar Adun berkenaan segera sembuh, letak jawatan untuk diadakan Pilihanraya di kawasan majoriti Melayu itu. Atau, sebaik-baiknya Adun berkenaan berhijrah ke dalam PR agar dipenghujung kehidupan dikenang sebagai pejuang keadilan bukannya pejuang judi bola atau sekutu Apco.

Inilah harapan kita dan kita berdoa agar ianya tercapai. Sekali lagi marilah kita mendoakan agar Adun Kerdau tersebut selamat. Dan, buat PR di Pahang bersedialah mulai sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan