Kerjasama PAS-DAP, Cina kini fahami Islam | ||
|
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerjasama parti itu dengan DAP telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini memahami Islam.
PAS, menurut beliau tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.
Mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lalu juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir.
"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Aziz pada kuliah mingguannya, di Kota Bharu hari ini.
"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan