Terkadang sebagai rakyat Malaysia, kita amat hairan dengan sikap "double standard" yang diamalkan di negara kita. Apa tidaknya, dalam mana-mana kes jenayah seperti liwat, rogol atau sebagainya sudah pasti "laporan perubatan hospital" akan menjadi bukti bahawa pengadu memang telah menjadi mangsa. Maknanya ketika pengadu membuat laporan polis, maka pihak polis akan mendapat "bukti klinikal" untuk menyokong laporan yang dibuat. Malah, pengadu atau mangsa akan dihantar untuk menjalani rawatan perubatan di mana-mana hospital yang berdekatan. Jika sah kes berlaku, barulah laporan tersebut akan diterima dan diambil tindakan.
Maka, mana-mana suspek yang dikatakan terlibat mulalah dijejaki dan tangkapan dibuat untuk siasatan. Tahanan reman akan dilakukan terhadap suspek yang dinyatakan oleh mangsa berkenaan. Inilah lazimnya berlaku dalam kes jenayah seperti ini di negara kita selama ini. Tanyalah mana-mana pegawai polis atau mereka yang mahir dengan undang-undang jenayah seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam "kes liwat II" semua ini tidak berlaku malah dipersetankan oleh pihak berkenaan?. Apakah kerana namanya "Anwar Ibrahim"? Dan apakah kerana yang individu yang menjadi suspek itu adalah "musuh politik" kerajaan memerintah, maka prosedur sepatutnya berlaku diabaikan.
Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Saiful Bukhari Azlan. Pihak polis sepatutnya merujuk dulu kepada laporan perubatan hospital terbabit sebelum membuat tangkapan dan mendakwa Anwar. Ini tidak berlaku, hanya dengan "laporan mulut Saiful" maka pihak polis melakukan operasi yang cukup drastik, seolah-olah menjejaki penjenayah untuk menangkap Anwar. Bukankah Saiful telah berjumpa doktor sebelum membuat laporan polis. Kenapa, pegawai yang menerima laporan polis itu tidak merujuk pihak hospital bagi mengesahkan Saiful memang diliwat. Mungkin juga beliau membuat satu fitnah atas kepentingan tertentu. Tambahan pula Saiful dikatakan ada bertemu Najib Razak dan pegawai polis tertentu sebelum laporan dibuat./Pahang Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan