Kupon bekalan air percuma
SUBANG JAYA – Seperti dijanjikan Kerajaan Negeri sebelum ini, seramai 168, 479 pembeli pangsapuri kos rendah yang kini menggunakan meter air pukal bakal menikmati manfaat pemberian 20 meter padu air percuma menerusi sistem kupon yang diperkenalkan.
Bagi tujuan itu, dianggarkan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan setahun di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, meskipun agak terlambat menunaikan salah satu manifesto Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) kepada penghuni pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal, namun usaha tetap dilakukan bagi membolehkan rakyat merasai dan menikmati sumber dari negeri Selangor.
“Kita anggap air adalah hak rakyat dan cara sebaiknya Kerajaan Negeri memberikan sejumlah bekalan itu secara percuma.
“Pada awalnya kita sudah melaksanakannya tetapi program hanya dijalankan di perumahan pangsa yang mempunyai meter individu kerana memudahkan pengiraan dibuat,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Sistem Kupon Air Percuma bagi pemilik rumah kos rendah di pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16, dekat sini, semalam.
Pangsapuri yang mempunyai 1,000 unit kediaman itu dipilih sebagai perintis pelaksanaan program bagi menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dan jika berjaya sistem kupon akan diperkenalkan ke pangsapuri kos rendah lain di Selangor secara berperingkat.
Bagi pangsapuri Sri Tanjung sahaja, RM72,480 diperuntukan dan dalam tempoh tiga bulan percubaan, perkara berbangkit akan dikaji dan kelemahan diperbaiki supaya sistem pelaksanaan dapat dipertingkatkan.
Abdul Khalid berkata, pihaknya memikirkan bagaimana membantu pembeli menggunakan meter pukal yang tidak dapat menikmati manfaat itu sebelum ini, sebelum membuat kajian dan mendapati rakyat tidak boleh menunggu sehingga migrasi meter yang memakan tempoh masa lama dilakukan baru mereka boleh menikmati skim itu.
“Sebelum ini mereka yang mendapat manfaat adalah yang mempunyai meter air individu. Tetapi kita berpendapat, untuk menunggu penukaran meter pukal kepada individu mengambil masa dan lambat dilaksanakan kerana faktor kos dan sebagainya.
“Oleh itu, kita mengambil keputusan memberikan 20 meter padu air percuma berasaskan sistem kupon. Ia akan diberikan melalui beberapa proses dan dicetak oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya yang memaklumkan kupon diberikan hanya kepada mereka yang layak.
Abdul Khalid berkata, bagaimanapun proses mendapatkan kupon itu akan cuba diurus dengan baik dan tidak mewujudkan banyak birokrasi.
“Kalau usaha ini berjaya, mungkin pembayaran air dan kupon pemberian air percuma akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan sekali.
“Malah kita akan memaklumkan kepada rakyat berapa jumlah kita bayar kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan berapa banyak agensi itu agihkan air kepada tapak pangsapuri,” katanya yang berharap kaedah itu dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di pangsapuri.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berharap, badan pengurusan bersama (JMB), pemaju atau perbadanan pengurusan (MC) tetap melaksanakan migrasi meter pukal kepada individu untuk menikmati manfaat lain kelak.
Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif LPHS, Datin Paduka Alinah Ahmad yang memberikan penerangan berhubung mekanisme digunakan bagi pemberian air percuma menerusi sistem kupon./Sinar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan