Isu masjid: Zaid bertegas titah sultan bukan arahan | ||
|
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengakui bahawa beliau telah diberi amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung artikel yang ditulis dalam blog peribadinya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan masjid bagi tujuan politik.
Bagaimanapun Zaid (kiri) berkata beliau tetap mempertahankan pendiriannya serta tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah kuasa mutlak tanpa perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saya berpendapat kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri di bawah Artikel 74 yang dibaca bersama-sama dengan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan dalam hal ehwal agama Islam itu diberi kepada pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri pada hemat saya ialah DUN.
“Jik
Namun, menurut Zaid, beliau bersedia menghadap Sultan Selangor (kanan) bagi menjelaskan maksud artikel yang ditulisnya.
Pada artikelnya itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila menulis bahawa titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik bukan satu arahan.
Dakwanya, pada zaman khalifah mereka boleh melaksanakan undang-undang tanpa perlu merujuk pihak lain, namun dalam sistem raja berpelembagaan kuasa raja hanya boleh diguna pakai secara sah jika mengikut kehendak dan dalam kaedah yang dibenarkan perlembagaan persekutuan dan negeri.
“Fungsi penggubalan undang-undang terletak di tangan wakil yang dipilih rakyat, Perkara ini saya ingin ketengahkan dalam tulisan saya. Jika kuasa yang ada di bawah enakmen itu sah dan boleh diguna pakai, maka itu bererti tafsiran saya salah dan silap,” katanya.
Mengenai desakan pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang mahu beliau memohon maaf kerana tindakannya itu dianggap biadap, Zaid berkata:
"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini."/Malaysiakini
Mengenai desakan pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang mahu beliau memohon maaf kerana tindakannya itu dianggap biadap, Zaid berkata:
"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini."/Malaysiakini
salam ...selamat berukhwh dan semoga perjuangan ini mndapat kejayaan ..i follow u dan silalah kungi blog sy
BalasPadam