Bila tewas saja di dalam pilihanraya, maka mulalah nak menyalahkan pemimpin. Kununnya pemimpin tak disukai oleh ahli parti sendiri. Cuba sebut mana satu pemimpin yang disukai oleh semua ahli? Berjuang kerana dasar parti atau pemimpin?
Peliknya, bila menang tidak pula nak memuji pemimpin. Maklumlah, pemimpin pun tidak mahu dipuji dan dipuja, tetapi pemimpin pun bukan boleh dihina sesuka hati. Tewas di Galas, itu pun salah pemimpin juga ke? Kalau silap parti kira ok la juga, mungkin silap strategi tetapi untuk salahkan pemimpin itu tidak masuk akal langsung.
Kajian dari Ilham Centre diambil kununnya PAS tewas akibat ahli sendiri tidak suka kepada pemimpin atau hubungan kurang mesra. Tidak bolehkah kita berjuang untuk parti tanpa kita dibelai, dimanja oleh pemimpin. Jika benar ada pemimpin yang sombong atau berlagak, percayalah di dalam PAS pemimpin seperti itu tidak akan lama. Jadi, pedulikan perangai pemimpin macam itu asalkan kita sebagai ahli bekerja kuat untuk parti.
PAS tewas pun bukan tewas tanpa maruah. Kita tewas dengan gerombolan perasuah. Kita tewas kerana adanya pengundi yang buta hati dan jahil. Pengundi tidak tahu yang mana satu selama ini menghisap darah mereka. Tugas kita menyedarkan mereka. Bukan mudah untuk PAS menang dengan seluruh jentera berada sebagai benteng mereka. Kita menang sebelum ini pun nasib menyebelahi kita, bukan kerana mereka tidak melakukan rasuah. Di Manek Urai pun, rasuah begitu banyak tetapi nasib tetap menyebelahi kita.
Oleh itu, jangan PAS terus menerus mengharapkan nasib. Ada baiknya PAS bangun secara lebih keras dan radikal untuk menentukan tiada lagi rasuah dapat dilakukan oleh puak Apco itu. Jika kita gagal untuk menghalang mereka dari terus `membuli' kita, lebih baik kita tidak payah sertai pilihanraya. Jadi, kekalahan PAS di Galas bukan kerana pemimpin tetapi terlalu banyak faktor lain yang mungkin Ilham Centre tidak kaji dan selidiki sepenuhnya./wfauzduin.blogspot.com

"Jika benar ada pemimpin yang sombong atau berlagak, percayalah di dalam PAS pemimpin seperti itu tidak akan lama."
BalasPadambukankah kerana pemimpin seperti inilah yang menyumbang kepada kemerosotan sokongan pada pilihanraya berikutnya?
kerja kuat para petugas untuk memenangkan parti dihapuskan oleh sikap pemimpin seperti ini. ia tidak sedikit memberi kesan pada pilihanraya susualan.
"Kita tewas kerana adanya pengundi yang buta hati dan jahil. Pengundi tidak tahu yang mana satu selama ini menghisap darah mereka. Tugas kita menyedarkan mereka."
melakukan kerja2 untuk menyedarkan mereka bukan hanya setiap kali menjelang pilihanraya. ia kerja yang berterusan. sensitiviti rakyat perlu diperhatikan dalam semua tindakan. pendedahan raja petra berkaitan permohonan kawasan tertentu untuk tokong cina diketepikan tetapi diberi kepada orang cina (kroni?) sebagai tempat peranginan. ini bukan kerja ahli2 biasa pas. ia sudah tentu melibatkan tangan2 pemimpin!
"Jadi, pedulikan perangai pemimpin macam itu asalkan kita sebagai ahli bekerja kuat untuk parti" hanya layak diseru kepada ahli yang "buta hati dan jahil"!
wallahu'alam