JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 24 November 2010

SIAPA `PENGKHIANAT PARTI' YANG MAHU DIHAPUSKAN OLEH AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM wawancara YB Azmin dengan Malaysiakini di Parlimen semalam, bakal Timbalan Presiden PKR ini berjanji akan menunaikan semua manifestonya sepanjang kempen pemilihan di dalam parti baru-baru ini. Sebelum ini di dalam program Rapat Perdana PKR di MBSA, Shah Alam beliau telah berjanji akan menghapuskan semua pengkhianat di dalam parti sejurus selepas Kongres PKR Jumaat nanti.

Ada yang tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan oleh Azmin sebagai `pengkhianat' parti itu? Adakah mereka yang menyokong Zaid atau Mustafa Kamil dianggap pengkhianat parti? Jika ini yang dikatakan pengkhianat parti yang dimaksudkan oleh Azmin, maka PKR akan kehilangan hampir separuh keahliannya jika mereka ini yang mahu dihapuskan oleh Azmin.

Mungkin bukan itu yang Azmin maksudkan pengkhianat parti, kerana Azmin pun tahu setiap ahli punyai kebebasan untuk memilih pemimpin yang mereka suka. Pengkhianat parti yang mungkin dimaksudkan oleh Azmin adalah manusia yang berpewatakan dan tingkah lakunya seperti Zaid Ibrahim, bukan penyokong Zaid Ibrahim. Penyokong Zaid Ibrahim bukan pengkhianat parti, begitu juga penyokong Mustafa Kamil Ayub.

Pengkhianat parti di antaranya adalah mereka yang melanggar peraturan atau arahan parti, tidak menghormati ketua, mengkritik parti secara terbuka di dalam media milik Umno seperti Utusan atau TV 3, melakukan protes terbuka dan tidak beradab di hadapan media yang menjadi musuh parti. Pengkhianat parti juga adalah mereka yang sengaja mensabotaj parti agar nama parti terjejas dengan tuduhan yang tidak berasas.

Sekiranya orang-orang seperti ini yang Azmin mahu hapuskan dari parti, saya amat setuju kerana orang-orang begini tidak boleh berada di dalam parti. Azmin perlu elakkan dirinya dari berdendam dengan sesiapa pun, bahkan Azmin mesti kembali menyatukan kesemua ahli parti sebaik sahaja beliau disahkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Jika perlu ada rombakan di dalam parti, rombakan hendaklah dibuat untuk memperkuatkan parti bukan bertujuan untuk menganiayai sesiapa./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan