JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 7 November 2010

PENULIS HARAKAH BERKEMPEN UNTUK DATO ZAID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam pimpinan PKR biarlah orang-orang PKR yang tentukan. Setakat ini tiada pemimpin dari PAS mahupun DAP yang secara terbuka menyokong mana-mana tokoh yang bertanding di dalam PKR. Jawatan yang menjadi tumpuan sekarang hanyalah jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga jawatan Ketua AMK.

Sewaktu PAS mengadakan Muktamar Pemilihan pimpinan mereka, pemimpin dari PKR dan juga DAP pun tidak mahu campurtangan kerana itu adalah hak ahli-ahli PAS yang menentukan. Pemilihan di dalam PKR sekarang sememangnya hebat bagi kedua-dua jawatan tersebut. Hebatnya adalah kerana semua tokoh yang masuk bertanding pun adalah hebat belaka. Tentulah di dalam sebarang pertandingan mesti ada yang menyokong calon-calon tertentu. Persepsi dan berbagai cerita itu sudah biasa di dalam pemilihan termasuk juga sewaktu Muktamar Pemilihan di dalam PAS.

Membaca tulisan Zukri Aksah di sini, membuatkan saya merasa pelik mengapa Zukri yang telah keluar dari KeADILan/PKR tiba-tiba menulis untuk menunjukkan beliau menyokong Zaid? Saya difahamkan Zukri adalah ahli PAS dan Penulis Tetap di dalam Harakah. Beliau mendakwa mereka yang tidak menyokong Zaid untuk jawatan Timbalan Timbalan Presiden PKR kerana Zaid itu bekas ahli Umno dan masih baru di dalam PKR. Maka Zukri mengeluarkan berbagai hujah sehinggakan memberi contoh kisah Nabi Musa dan Firaun untuk menyebut betapa Zaid patut disokong. Persoalannya, benarkah mereka yang tidak menyokong Zaid itu semata-mata Zaid bekas Umno atau pun baru di dalam PKR?

Harus difahami sokongan terhadap Azmin mahupun Zaid bukan kerana bekas Umno, lama atau baru di dalam PKR. Azmin pun bekas Umno juga. Jika faktor baru di dalam PKR, masakan Zaid dilantik sebagai Ketua bagi Wilayah Persekutuan bahkan dicalonkan sebagai calon PRK di Parlimen Hulu Selangor. Itu bukan penyebabnya. Ahli-ahli melihat lebih jauh dari itu. Zukri menyebut Zaid mungkin boleh membawa PKR menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum tidak seperti Parti Gerakan. Maksudnya, sekarang ini PKR masih belum menjadi parti yang berbilang kaumkah?

Cuba kita lihat di dalam senarai calon-calon yang layak bertanding di dalam pemilihan PKR kali ini. Berbagai kaum telah dipilih oleh Cabang-Cabang PKR, bahkan jawatan Timbalan Ketua AMK dari kumpulan Chegu Bard turut menampilkan calon berbangsa Cina. Begitu juga jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan lainnya. Ini menunjukkan PKR adalah parti yang berbilang kaum sebelum munculnya Zaid di dalam PKR.

Zukri sepatutnya tidak menzahirkan pilihannya demi menghormati PKR rakan sekutu PAS itu apatah lagi PKR adalah partinya terdahulu. Buat apa Zukri bersusah payah berkempen untuk Zaid di samping mengheret nama Pengerusi PKR Pahang? Masih adakah dendam beliau kepada Dato Fauzi? Sepatutnya dendam itu jika ada sudah terlerai apabila beliau keluar dari PKR dan menyertai PAS. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan