JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 14 November 2010

UMNO `PERASAN' KEPADA ZAID, LEBIH BAIK PANCING ZUL KULIM

Oleh: Mandor

APABILA membaca berita ini, naik pening aku. Setiausaha Agung Umno menyatakan bahawa Umno tidak akan terima Zaid Ibrahim jika tokoh PKR ini dipecat dari parti. Bila pula Zaid ada menyebut tentang Umno, jauh sekali mahu rujuk kepada Umno?

Apa yang kita tahu dari mulut Zaid sendiri beliau masih yakin dengan PKR, dan sekiranya beliau dipecat dari PKR atas sebarang salah laku yang menyalahi disiplin PKR, berkemungkinan beliau akan menubuhkan parti baru. Itu saja yang kita tahu dari mulut Zaid.

Mengapa Umno perasan sangat? Apakah Umno merasakan parti yang hampir pupus itu masih kuat dan dihormati sehingga ramai yang `berselera' ingin menyertai Umno? Kalaulah Zaid itu benci sangat kepada PKR, kebencian beliau terhadap Umno tentulah berlipat kali ganda.

Daripada Umno perasan untuk mendapatkan Zaid, baik Umno cuba pancing YB Zul Kulim masuk Umno. Aku rasa sekali kenyit mata saja, YB Zul Kulim akan terkam sembah lutut Umno./mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan