JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 11 November 2010

SIRI jELAJAH UNTUK ROSAKKAN PKR BERMULA DARI DALAM

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID Ibrahim akan turun padang temui penyokongnya untuk menerangkan salah laku pemilihan di dalam PKR sekarang. Lebih besar lagi hajat beliau, pastinya untuk menggerakkan sokongan agar DS Anwar dan Azmin berundur dari PKR. Baca sini.

Diberitakan lokasi utamanya di Kedah. Kemungkinan akan menjelajah seluruh bumi Malaysia bukan untuk memperkuatkan parti tetapi untuk menjahanamkan parti. Pada saya istilah menjahanamkan parti itu sesuai bukan kerana Zaid tidak puas hati dengan pemilihan, tetapi apabila Zaid menggesa Ketua Umum dan Azmin undur diri dari parti. Itulah fasa pertama Zaid untuk menjahanamkan parti.

Saya tidak tolak kemungkinan Zaid akan menggunakan taktik yang beliau gunakan semasa berada di dalam Umno. Di dalam Umno dahulu, Zaid letak jawatan dalam kabinet kemudiannya buat hura hara di dalam Umno, seterusnya keluar dari Umno. Kini, taktik yang sama boleh kita baca yang bakal dilakukan oleh Zaid.

Saya tidak tahu berapa ramai yang akan terpedaya dengan `musang berbulu ayam' ini. Kalau dahulu DS Anwar menjelajah seluruh tanahair untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan untuk rakyat sehingga parti ini berkembang dengan baik dan mampu menguasai banyak kerusi Parlimen, Zaid hadir untuk menjahanamkan semua yang kita bina bersama.

Sememangnya Zaid akan melakukan sesuatu yang memaksa parti `menghalau'nya keluar sepertimana yang dilakukan oleh Zul Kulim. Apabila ini berlaku, lebih mudah buat Zaid untuk memburukkan parti terutamanya DS Anwar. Kita berharap PKR makbulkan impian Zaid ini dan jika beliau terbukti merosakkan parti, tindakan tegas mesti diambil. Parti lebih penting dari makhluk perosak ini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. tendang saja keluar tak payah tunggu biar dia melalak kat luar macam zul katak. tak jadi kudis pun. boleh jalan ler zaid

    BalasPadam