Ezam sesumpah melutut, Rafidah terlepas......
Oleh: WFAUZDIN NSAPABILA DS Wan Azizah menyebut bahawa DS Anwar adalah anugerah Allah kepada kita, dan disokong pula oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana DS Anwar telah melalui berbagai ujian dan fitnah demi membela rakyat, maka merasa sakit dihati pemimpin-pemimpin Umno. Paling terluka sekali adalah bekas anak didik DS Anwar sendiri yang kini `mencari sesuap nasi' dari periuk Umno iaitu Ezam raja sesumpah.
Ezam sesumpah menyangkal bahawa DS Anwar anugerah Allah, tetapi sebaliknya ia adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan rakyat samada memilih Allah atau DS Anwar. Bahkan, beliau berkata beliau telah lulus ujian tersebut. " Kata Ezam, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya melepasi ujian tersebut dengan memilih Allah SWT daripada bekas ‘bos’ beliau sendiri." (AgendaDaily)
Oleh kerana Ezam sesumpah memilih Allah SWT, maka mamat kotak ini memilih Umno. Hebat sungguh parti pilihan Ezam sesumpah, mungkin padanya Umno lebih hampir dengan Allah daripada Apco. Ezam sesumpah memilih Umno kerana beliau memilih Allah SWT, sebab itulah segala lesen judi dan arak terbesar diluluskan oleh Kerajaan Umno/Bn. Dan, kerana Ezam sesumpah memilih Allah lah maka Ezam sesumpah menjadi Senator lantikan Najib yang mahukan `Hub Hiburan' di negara ini. Tahniah, Ezam.
Ezam sesumpah butakan mata dan telinganya dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di dalam mahkamah tentang kes liwat DS Anwar sekarang. Ezam sesumpah tidak peduli bagaimana DS Anwar mahu agar kesnya dibicarakan mengikut Syarie walaupun ada Menteri Umno yang menghalang kes tersebut dari dibicarakan. Ini adalah kerana Ezam sesumpah memilih Allah, maka Mahkamah Syariah tidak perlu bicarakan kes liwat. Sekali lagi Tahniah, Ezam.
Raja Sesumpah ini terus berhujah kununnya Tun Mahathir sememangnya tahu benar perangai buruk DS Anwar itu, sebab itulah beliau memecat DS Anwar. Cuma, Ezam sesumpah `terlupa' mahu bercerita bagaimana Tun Mahathir memujuk DS Anwar meletak jawatan secara terhormat. Mungkin juga Ezam sesumpah terlupa kisah bagaimana tarikh kejadian Liwat 1 telah dipinda sebanyak 3 kali di dalam mahkamah kerana terkantoi apabila tarikh tersebut bangunan atau apartmen tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu belum pun siap lagi. Ada Ezam sesumpah cerita kisah ini di dalam ceramahnya. Mustahil, ada.
Oleh kerana memilih Allah lah, Ezam sesumpah kini berada `satu kelambu' dengan Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita Umno yang fail rasuahnya dahulu didedahkan oleh Ezam sesumpah sehingga beliau masuk penjara. Akhirnya, Ezam sesumpah melutut di dalam parti Umno, Rafidah tertawa riang. Tahniah Ezam./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan