JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 November 2010

KESIHAN AZMIN, ZAID MUNGKIN PUAS HATI

Kesihan Azmin. Semenjak sekian lama mendiam diri, akhirnya Azmin memberi sedikit komen tentang penarikan diri Zaid Ibrahim untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Beliau anggap itu adalah keputusan peribadi Zaid walaupun beliau tahu Zaid juga ingin membawa perubahan di dalam parti.

Azmin secara seloroh menganggap kesemua yang buruk itu angkara dirinya. Terkenal dengan seorang tokoh yang berani kerana benar, Azmin mahukan JPP serta SU Agung PKR menyiasat setiap aduan yang dilaporkan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kali ini. Seperti juga Sdr Mustafa Kamil Ayub, Azmin mahu siasatan dilakukan dengan jujur dan telus.

DS Anwar juga berpendapat sedemikian, cuma Zaid sahaja awal-awal sudah tidak tahan dugaan. Azmin sendiri insaf bahawa keputusan belum pasti berpihak kepadanya kerana masih banyak lagi Cabang yang belum dikira dan dimuktamadkan oleh JPP. Syabas Azmin, tabik juga kepada Sdr Mustafa Kamil kerana masih bersabar dengan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh parti berkenaan isu hangat ini. Buat Zaid, mungkin beliau berpuas hati sekarang kerana parti yang aru disertainya sekarang terjejas dengan tindakannya./mandor.blogspot

1 ulasan:

  1. Bagus juga kalau Azmin menang. Tapi ingat, kalau nak PKR terus diterima rakyat, dia banyak kena ubah. Rata2 ramai yang datang ke PKR bukanlah atas sebab suka PKR, tetapi mereka tiada banyak pilihan. Saya nampak, kalaulah tiada faktur Anwar, siapa pegang presiden pun sakit. Macam HAMIM, Berjasa dan lain2nya.

    BalasPadam