JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 16 November 2010

KEMPEN `PAS GANTI UMNO' - PKR PUJI PAS

PKR: K'jaan perpaduan, hidung Umno tak mancung
Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 10


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan hasrat ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk mengajak PAS bersama-sama BN adalah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Menurutnya, PAS - rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat - telah "menutup buku" berhubung isu tersebut seperti yang diputuskan dalam muktamar mereka sebelum ini.

"Mereka pernah bersama PAS, kemudian (PAS) ditendang keluar. Jadi saya nak pesan, sebelum cerai isteri talak tiga, fikir banyak-banyak," katanya ketika ditanya selepas satu sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Saifuddin berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad yang terus mengajak PAS agar bersama BN, seperti dilaporkan media semalam.

Ahmad juga mendakwa kedudukan PAS akan menjadi lebih baik sekiranya komponen Pakatan Rakyat itu menyokong BN berbanding terus bergandingan dengan PKR dan DAP.

Kenyataan Ahmad itu timbul berikutan tindakan PAS mengadakan satu seminar "PAS menggantikan Umno" di Shah Alam pada hari Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang mendakwa tindakan Umno itu dilihat "terdesak" sedangkan parti Islam itu memuktamadkan untuk tidak bekerjasama dengan Umno dalam muktamar mereka sebelum ini.

Malah, katanya, sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat terbukti dalam usaha gabungan itu untuk mendepani BN dalam pilihan raya umum yang ke-13.

"Selama ini kerjasama dalam Pakatan adalah atas prinsip mengiktiraf kekuatan (masing-masing) bahawa yang kuat di antara kita terus diperkukuhkan, yang lemah akan dibantu.

"Kerjasama itu cukup kondusif," katanya yang turut meminta Ahmad supaya menghentikan niat untuk 'memancing' PAS.

Menurutnya lagi, seminar anjuran PAS itu merupakan satu kempen dan strategi politik terbaru parti Islam tersebut dan PKR menghormati langkah itu./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan