JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 7 November 2010

RASUAH PILIHANRAYA - JIKA TIDAK MAMPU MELAWANNYA, APA KATA KITA TIDAK SERTAI MEREKA?

Oleh: WFAUZDIN NS

LAZIMNYA setiap kali PR tewas di dalam mana-mana pilihanraya kecil, hati ini terasa sungguh lebih-lebih lagi jika yang dirampas itu adalah kerusi kita awalnya. Lebih terasa lagi jika kita tewas di bumi Kelantan, bumi yang sepatutnya rakyat Kelantan tidak mempunyai sebab untuk berpaling selain dari PAS. Tetapi, kali ini PAS tewas di Dun Galas terasa tidak seperti lazimnya.

Saya sejak awal lagi pernah menulis betapa masalah bagi PAS di Galas adalah kerana berdepan dengan Ku Li. Bukan sedikit jasa Ku Li pada Kerajaan PAS Kelantan terutamanya dalam isu royalti minyak. Usah kita berbicara tentang Umno menggunakan seluruh jentera kerajaan, menyalahgunakan peruntukan kewangan dan media kerana kita faham semenjak bila mereka tidak menggunakan kesemuanya itu? Namun, kita terus menyertai pilihanraya walaupun kita sedar `penyakit'nya.

Berbalik kepada Ku Li yang menjadi salah satu faktor kita tewas di Galas. PAS sejak awal lagi seolah-olah memberi isyarat bahawa di dalam PRK di Galas kali ini `maruah' Ku Li mesti dijaga. Kita sanggup membatalkan satu program memungut derma membiayai pemergian 40 Ulamak ke Mekah untuk bermunajat bagi mengembalikan hak royalti minyak ke Kelantan semata-mata menghormati Ku Li. Sebab itu tidak menghairankan di dalam kebanyakan ceramah kita di Galas, isu royalti dipadamkan dari ingatan rakyat Kelantan. Kita banyak tertumpu kepada isu nasional yang mana mungkin pengundi-pengundi yang ramai di kalangan orang Asli boleh memahami isu ini. Bukankah kita sedar undi-undi mereka itu penting?

Maklumat kita kepada penduduk orang Asli ini dikatakan sukar untuk disampaikan kerana penempatan mereka di`kawal' rapi oleh JHEOA. Di dalam masa yang sama peruntukan demi peruntukan terus dicurahkan kepada kaum mereka. Kita menghadapi gerombolan perasuah yang besar di dalam PRK ini. Ku Li yang kita hormati itu bukan tidak sedar bahawa beliau bersekongkol dengan perasuah yang datang dari Kuala Lumpur, tetapi demi kerusi Galas Ku Li tidak mampu menepisnya.

Saya tertarik dengan tulisan sahabat di sini. PAS telah melakukan sedaya upayanya di Galas dengan dibantu oleh rakan-rakan dari PR. Amat tidak wajar menyalahkan pemimpin PAS samada di Kelantan mahupun Pusat akibat kekalahan ini. Tentulah kita juga punyai kelemahan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan seperti ini.

Kadangkala teringin juga mahu syorkan kepada pimpinan PR agar tidak masuk ke gelanggang selagi kita tahu gelanggang itu dipenuhi dengan amalan rasuah dan ketidakadilan yang seringkali `membuli' kita. Jika kita tidak mampu untuk melawan amalan rasuah seperti itu, lebih baik rasanya kita tidak sertai mereka di dalam pilihanraya. Tetapi, jika kita masih juga ingin mencuba nasib maka bolehlah kita mencubanya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan