Hillary Clinton jumpa Muhyiddin, Anwar | ||
|
Setiausaha Negara, Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton dijadualkan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Malaysia hari ini.
Menurut laporan AFP, perbincangan itu termasuk dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memangku tugas-tugas Post OptionsPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti sakit.
Clinton juga dijadualkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, - satu tanda jelas sokongan Amerika Syarikat ke atas tokoh berkarisma itu yang sedang bergelut di mahkamah bagi membebebaskan diridaripada tuduhan meliwat yang boleh menyebabkan dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Clinton tiba di Terminal Skypark Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah malam semalam untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari.
Isteri bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton diiringi delegasi yang meliputi lima pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Ketika di Malaysia, Clinton dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Anifah di Wisma Putra, Putrajaya dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anifah dan Clinton dijangka mengadakan perbincangan mengenai hubungan kerjasama dua hala, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Clinton dijadual berlepas ke Papua New Guinea pada 3 November untuk lawatan rasmi./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan