Oleh: Mandor
TABIK buat MB Kedah kerana bertegas dengan media pencacai lagi haprak itu. Larangan beberapa media yang seringkali berbohong dan berniat jahat itu untuk hadir di dalam Persidangan Dun Kedah amat-amatlah terpuji dan sepatutnya diikuti oleh kesemua negeri di bawah PR.
Sememangnya media balaci ini terlalu `besar kepala' dan ego kerana mereka menganggap mereka mempunyai pengaruh besar. Biarlah Zaid Ibrahim sahaja yang `melutut' dengan media yang pernah mengaibkan maruahnya dengan isu arak dan judi sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dahulu. Zaid menyanjung kebebasan media sekaligus mungkin mengiktiraf apa yang datang dari media itu `umpama Al-Quran'.
Bukan ahli politik sahaja yang dilihat amat takut dengan media seperti ini. Golongan artis pun selalu takut dengan mereka, biarpun bukan sedikit artis yang telah digossip dengan cerita-cerita yang menjatuhkan maruah mereka. Namun, siapa artis yang berani memboikot media?
Adakah parti kita di dalam PR juga mesti takut dengan media? Sebab kita tidak peka dengan peranan jahat media ini lah yang menjadikan mereka `besar kepala'. MB Kedah telah mengajar kita bagaimana untuk berdepan dengan media haprak berlidah syaitan ini. Sebab terasa sakit dengan tindakan MB Kedah itu, terpekik terlolong pemimpin Umno/Bn mengkritik tindakan MB Kedah.
PR harus bermuafakat dan mengambil satu keputusan muktamad untuk memboikot beberapa media seperti ini. Bertindaklah bersungguh-sungguh jangan seperti `hangat-hangat tahi ayam' sahaja./mandor.blogspot.com

takbir!
BalasPadam