JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 November 2010

ZAID TARIK DIRI - BETUL-BETUL ATAU `COBAANNNN' ?

Sehingga aku menulis artikel ini, diberitakan Zaid masih belum menghantar notis kepada parti berhubung penarikan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Adakah ini satu lagi strategi kempen Zaid untuk menagih simpati?

Aku harap Zaid masuk dalam PKR bukan untuk membuat `kacau'. Jangan tunjuk berani yang tidak bertempat. Buat macam Sdr Mustafa Kamil lagi bijak. Sdr Mustafa terlebih dahulu sediakan laporan beserta hujah dan bukti untuk disiasat oleh pihak bertanggungjawab dalam parti sebelum beliau mengambil apa-apa keputusan. Mungkin Zaid tahu atau sedar beliau tiada hujah dan fakta seperti Sdr Kamil, maka cara paling mudah `merajuk'.

PKR tidak boleh punyai pemimpin yang kuat `merajuk'. Pemimpin mesti berani kerana benar dan tetap melawan selagi wisel penamat belum ditiup. Kita tunggu apakah Zaid akan berubah sikap sekali lagi dan tidak jadi untuk menarik diri? Tidak mustahil buat Zaid kerana sebelum ini beliau selalu berubah sikap. Adakah kali ini `betul-betul, atau cobaannnnnn....'?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan