TSUNAMI bakal melanda PKR jika pemilihan di dalam parti yang sedang berlangsung sekarang tidak dibatalkan. Begitulah kata seorang teman iaitu cucu pahlawan Pahang Mat Kilau. Jika tidak silap saya cucu ini telah membuat pengumuman untuk keluar dari PKR sebelum ini atas alasan lebih kurang alasan Zaid jugalah. Dan, saya telah pun ulas tentang hal tersebut sebelum ini di dalam artikel saya.
Tidak kisahlah samada sudah keluar ke belum cucu ini daripada PKR. Saya cuma berminat untuk mengulas apa yang dikatakan Tsunami bakal melanda PKR jika tidak diadakan pemilihan semula. Masalah benar atau tidak jangkaan cucu ini, Wallahu Aklam. Sepertimana yang pernah didakwa dan diramalkan oleh beberapa pihak beberapa tahun dulu yang mengandaikan PKR bakal terkubur, tetapi Alhamdulillah, apabila semakin banyak pengkhianat yang keluar dari PKR, parti ini lebih baik dari sebelumnya.
Sewaktu segerombolan dari orang kuat PKR keluar parti seperti Zahid Md Arif, Ruslan Kasssim beserta geng-geng mereka, kemudian disusuli oleh yang orang muda yang berpengaruh di dalam parti iaitu Sdr Ezam, ramai meramalkan PKR benar-benar terkubur kali selepas itu. Alhamdulillah, pengkhianat keluar maka parti bertambah sihat. PKR terus diuji dengan beberapa Adun/MP yang menjadi `katak', dan ada yang ditendang keluar namun PKR tetap releven di mata rakyat. Justeru itu, apabila timbul isu seperti pemilihan parti yang dikatakan tidak telus itu, dan lebih penting lagi Zaid kini sedang mengoncang `tiang seri rumah' PKR, adakah menandakan Tsunami yang lebih besar?
Sebab itulah saya lebih suka agar parti mengambil serius atas segala dakwaan terhadap parti. Parti juga mesti memberi perhatian dan peka terhadap tingkah laku Zaid sejak kebelakangan ini. Lihat gerak geri Zaid, menunjukkan beliau tidak serius untuk memperbaiki kelemahan seperti yang didakwanya. Beliau hanya mencari beribu alasan untuk menghalalkan tindakannya merosakkan parti.
Persoalannya, mengapa pemilihan perlu ditangguh atau dibatalkan? Adakah hanya kerana persepsi semata-mata atau sememangnya ada bukti kukuh dan jelas? Jika terbukti, nah, parti mesti tegas untuk mengambil tindakan. Sdr Mustafa Kamil Ayub lebih cerdik dari Zaid Ibrahim di dalam menangani masalah ini. Beliau sanggup berdepan dengan pihak parti beserta aduan dan mungkin bersama bukti yang beliau ada. Tetapi, Zaid? Adakah Zaid mahu Utusan atau TV3 menghakiminya atau membantu mengatasi masalah parti ini? Beliau kini ke hulu ke hilir bukan untuk menambahkan ahli parti, tetapi untuk memberikan imej yang tidak baik kepada parti. Kegagalan Zaid untuk bersemuka adalah menunjukkan beliau bacul sebagai pemimpin.
Kesimpulannya, tidak perlu adakan pemilihan semula semata-mata ingin puaskan nafsu Zaid dan beberapa penyokongnya. Pemilihan WAJIB diadakan jika TERBUKTI ada kepincangan yang berlaku di dalam pemilihan. Tugas mencari bukti itu bukan tugas DS Anwar, Azmin mahupun JPP, tetapi pihak yang menuduh. Jika sekadar bercakap di luar, dihebahkan di dalam blog maka itu membuang masa. Pemimpin mesti berani kerana benar sekurang-kurangnya berdepan dengan badan yang dilantik oleh parti kalau pun tidak seberani Pahlawan Mat Kilau. Cucunya, saya tidak tahu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan