MALAM semalam Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah digamatkan dengan laungan `PECAT' ke atas sesiapa sahaja yang mengkhianati parti. Majlis Rapat Perdana anjuran PKR yang dihadiri ribuan ahli serta penyokong PKR memenuhi kesemua ruang di dalam dewan berkenaan menampilkan pemidato utama iaitu Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.
Terbukti, perhimpunan malam itu di Dewan MBSA menafikan segala tuduhan kununnya PKR bakal retak angkara beberapa individu yang pentingkan diri sendiri dan ingin `menakluk' PKR secara rakus dan tidak demokratik. Hampir kesemua pimpinan tertinggi parti hadir termasuk calon yang bertanding merebut jawatan di dalam parti. Sudah tentu peristiwa yang berlaku pada majlis malam tadi tidak akan disiarkan oleh media pencacai yang selama ini memberikan liputan berita dan kenyataan dari pengkhianat parti sahaja. Jika ada pun, media haprak ini pasti akan memutar belitkan apa yang sebenarnya berlaku.
Di dalam ucapannya, DS Anwar memberi peringatan, "Orang yang sayang parti tidak akan mengadu kepada media Umno yang sejak awal lagi hanya tahu menyerang, mencaci dan menfitnah parti". Anwar mengajukan soalan kepada ribuan yang hadir, "Apakah yang patut parti lakukan kepada pengkhianat ini?" Secara spontan, ribuan yang hadir melaungkan, "Pecat ! pecat ! pecat !
"Kita bersedia bertarung dengan musuh di luar, tetapi tugas pertama sekarang adalah untuk menghapuskan musuh di dalam parti", ujar Anwar dengan disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Anwar seterusnya mengingatkan semua ahli bahawa parti ini bukan milik tokeh-tokeh, perjuangan ini milik rakyat dan didukung oleh rakyat.
Jika dilihat kepada pidato Anwar malam itu, jelas beliau tidak sedikit pun gentar dengan segala ugutan dari pihak tertentu. Ternyata mereka silap memilih lawan dan Anwar bukan lawannya. Anwar sudah lali dengan segala ujian, cercaan, fitnah bahkan dipukul setengah mati. Jika ada yang menyangka mereka layak untuk menggantikan Anwar di dalam PKR, mereka mungkin mengalami `sindrom perasan' yang berlebihan. Anwar tidak sempurna, beliau manusia biasa yang juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mereka yang mengaku kununnya lebih berwibawa itu jauh lebih lemah bahkan tiada keberanian langsung untuk bertindak.
Pengkhianat ini mesti berani keluar dari PKR segera bukan menundakan tarikh untuk berbuat demikian. Beranilah bertindak tegas untuk menjadi pemimpin di dalam parti barunya nanti. /wfauzdin.blogspot.com

Saya ingin memberi sedikit pandangan jika boleh dikongsi bersama walaupun kekadang komen saya begitu "kasar dan menjolok mata" maaf saya pinta dari kalian yang pernah membaca komen saya!.
BalasPadamInilah adalah era pembersihan dalam PKR khususnya.Usahlah kita terikut dengan retak mainan jahat umno ini.Sebenarnya pemimpin umno dan segala penyangak di dalam umno cukup gusar dan takut dengan PR khususnya PKR.
Mengapa saya katakan begitu?Cuba kita bayangkan dalam seusia ini PKR telah dapat menguasai Selangor dan Perak(jatuh kerana "rampasan kuasa" yang didalangi dari segenap pelusuk musuh). Pernahkan kita fikirkannya?.Mengapa pemimpin dan penyangak dalam umno begitu "meroyan" menghentam PKR? TAK LAIN DAN TAK BUKAN BAHAWA PKR ADALAH SATU LAGI BATU PENGHALANG SELAIN DARIPADA PAS DAN DAP bagi penyangak-penyangak umno untuk "memblesah harta rakyat".
Jadi, janganlah kita pula yang cuba nak mengeruhkan lagi suasana yang akan lebih memudahkan penyangak dan lanun dalam umno menangguk di air yang keruh!